Patrol Denggi

Apakah Program Patrol Denggi? 



             Program ‘Dengue Patrol‘ adalah sebuah program kemasyarakatan yang diadakan oleh Sanofi Pastuer, Bahagian vaksin dalam kumpulan Sanofi. Ia sebahagian dari komitmen berterusan Sanofi Pastuer untuk mengambil langkah proaktif melibatkan pendidikan dan penyertaan orang ramai terutamanya generasi muda dalam meningkatkan kesedaran tentang denggi dan juga kesihatan awam serta mempromosi langkah pencegahan untuk perlindungan yang lebih luas terhadap penyakit ini.

Denggi Patrol adalah usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Sanofi Pastuer. Initiatif Denggi Patrol menggalakkan dan memperkasa murid-murid sekolah rendah untuk memerangi denggi. Mereka akan diajar tentang betapa seriusnya penyakit ini, penyebarannya dan langkah pencegahan denggi dan seterusnya mempelopori aktiviti pencegahan denggi dalam komuniti terdekat dengan sekolah masig-masing seperti kawasan perumahan berhampiran. Aktiviti akan ditaja dan disokong oleh Sanofi Pastuer

1 comment:

  1. Banteras denggi bersama warga sekolah SJKC Kong Min Cawangan Satu !

    ReplyDelete