Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi

Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi 

      Baru-baru ini telah berlangsung Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi yang telah diadakan di Makmal Komputer SJKC Kong Min Cawangan Satu. Ceramah Kesedaran ini tertumpu kepada murid-murid dan guru-guru bahawa Demam Denggi mampu membawa kepada kematian. Statistik menunjukkan sebanyak 298 kes Denggi dicatatkan sepanjang 3 Januari hingga 3 Ogos 2016 dan dari jumlah itu sebanyak 147 kes kematian akibat demam Denggi dilaporkan. Oleh itu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) telah hadir untuk menyampaikan Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi. 


Banner-banner kesedaran bahaya Denggi

Ceramah Kesedaran Bahaya Denggi sedang berlangsung. 


 Murid-murid dan guru-guru kusyuk mendengar isi-isi yang disampaikan oleh penceramah.

Replika Nyamuk Aedes pembawa demam Denggi yang dibawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Penuh Minat!! reaksi murid-murid apabila melihat replika Nyamuk Aedes yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kehadiran Penceramah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) memberi ceramah kepada warga SJKC Kong Min 1 sedikit sebanyak menyedarkan warga SJKC Kong Min 1 tentang bahaya Aedes. 

KAMI WARGA SJKC KONG MIN CAWANGAN SATU BENCI AEDES!! HIDUP SIHAT TANPA DENGGI!!!

1 comment: