Gotong Royong

Gotong Royong Bersama Komuniti Dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang

     Baru-baru ini pihak Sekolah bersama ibubapa serta penduduk setempat dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinag telah mengadakan aktiviti gotong royong. Aktiviti ini bertujuan membersihkan kawasan sekolah dan sekitarnya agar bersih supaya tidak ada tempat yang membolehkan nyamuk Aedes membiak.


Kelihatan masyarakat setempat dan ibubapa membuat pendaftaran

Antara peralatan-peralatan yang digunakan pada aktiviti gotong royong

Antara tempat yang akan dibersihkan. Sampah sarap seperti plastik makanan ringan, botol-botol mineral boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.



Pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) datang bersama-sama menjayakan aktiviti gotong royong. Peralatan jugak disediakan oleh pihak MBPP. Sekalung penghargaan tak terhingga pada pihak MBPP.

Bergambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti

 Aktiviti gotong royong bermula. Masing-masing mengambil peralatan untuk memulakan tugas masing-masing.


Kerjasama yang erat di antara pihak sekolah, masyarakat setempat dan pihak MBPP melancarkan aktiviti gotong royong pada hari berkenaan. 

Aktiviti yang bermula dari awal pagi berakhir pada pukul 12 tengah hari. Semoga aktiviti begini dapat dijalankan lagi  pada masa akan datang. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Gotong Royong terutama kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana sudi bersama SJKC Kong Min Cawangan Satu, ibubapa dan masyarakat setempat.





1 comment:

  1. Aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, malahan mengeratkan hubungan semua warga sekolah.

    ReplyDelete